Lawak Kowt
Friday, 13 January 2012
Pelawak Kita(part 2)
Untuk kali ini pula, saya nak cerita tentang pelawak serba boleh iaitu JAMBU.Mereka ini memberi saingan yang sengit kepada JOZAN.Saya sangat minat dengan "tagline" mereka iaitu "Muka Legend, Hati Cute". Pada saya, kelebihan mereka ialah mereka mampu membuat lawak dengan hanya melakukan aksi dan tidak perlu bercakap banyak untuk membuat orang ketawa.Jambu adalah gandingan peserta program realiti Raja Lawak 1 iaitu Yus dan Tauke.Mereka telah dipanggil semula untuk menjadi peserta Maharaja Lawak dan berjaya menjadi finalist serta mendapat tempat keempat.Di sini saya akan menyediakan beberapa klip video lawak mereka.Enjoy.....:-)
Inilah diantara klip video yang terbaik pernah mereka lakukan
Thursday, 12 January 2012
PELAWAK KITA
Salam sejahtera diucapkan kepada semua yang membaca.Saya kembali dengan blog pelawak versi baru selepas keadaan blog terdahulu saya yang agak semak.Saya berharap agar kalian yang membaca blog ini akan mula dan terus menyokong industri lawak tanah air.Dengan ini saya menyeru kalian semua untuk menyokong blog saya dan menyebarkannya kepada rakan dan sahabat handai kalian.
Pertama sekali, saya ingin memperkenalkan pelawak yang paling saya minati iaitu Johan dan Zizan yang lebih dikenali sebagai JOZAN.Lawak yang mereka tampilkan sudah tentu mampu untuk membuat sesiapa pun tidak kering gusi dan sudah tentu tidak membosankan.Mereka lahir daripada program realiti Raja Lawak 1 dan diberi kepercayaan oleh rakyat Malaysia untuk berentap di pusingan akhir serta mendapat tempat kedua dan ketiga.Pihak Astro telah memberi kepercayaan kepada mereka untuk menjadi hos bagi program Raja Lawak musim yang seterusnya.Selepas menjadi hos selama 4 musim, mereka dipanggil sekali lagi untuk bersaing di Maharaja Lawak.Mereka menggunakan segala pengalaman yang mereka ada dan memberi saingan sengit kepada semua peserta lain dan memperoleh tempat kedua.Di sini saya kepilkan beberapa lawak mereka buat tontonan kalian semua....:-)
Klip di atas adalah ketika mereka dijemput untuk berlawak pada final Maharaja Lawak Mega.
Kedua-dua klip di atas adalah ketika mereka beraksi di Maharaja lawak
Subscribe to:
Posts (Atom)