Salam sejahtera diucapkan kepada semua yang membaca.Saya kembali dengan blog pelawak versi baru selepas keadaan blog terdahulu saya yang agak semak.Saya berharap agar kalian yang membaca blog ini akan mula dan terus menyokong industri lawak tanah air.Dengan ini saya menyeru kalian semua untuk menyokong blog saya dan menyebarkannya kepada rakan dan sahabat handai kalian.
Pertama sekali, saya ingin memperkenalkan pelawak yang paling saya minati iaitu Johan dan Zizan yang lebih dikenali sebagai JOZAN.Lawak yang mereka tampilkan sudah tentu mampu untuk membuat sesiapa pun tidak kering gusi dan sudah tentu tidak membosankan.Mereka lahir daripada program realiti Raja Lawak 1 dan diberi kepercayaan oleh rakyat Malaysia untuk berentap di pusingan akhir serta mendapat tempat kedua dan ketiga.Pihak Astro telah memberi kepercayaan kepada mereka untuk menjadi hos bagi program Raja Lawak musim yang seterusnya.Selepas menjadi hos selama 4 musim, mereka dipanggil sekali lagi untuk bersaing di Maharaja Lawak.Mereka menggunakan segala pengalaman yang mereka ada dan memberi saingan sengit kepada semua peserta lain dan memperoleh tempat kedua.Di sini saya kepilkan beberapa lawak mereka buat tontonan kalian semua....:-)
Klip di atas adalah ketika mereka dijemput untuk berlawak pada final Maharaja Lawak Mega.
Kedua-dua klip di atas adalah ketika mereka beraksi di Maharaja lawak
No comments:
Post a Comment